SULTAN “BURUK SIKU”

 

GAMBAR SEKADAR HIASAN



Saya merasa amat kagum apabila melihat kereta-kereta mewah telah dijadikan kereta Polis peronda di Dubai. Susahlah penjenayah untuk “melepaskan diri”jika dikejar oleh anggota-anggota polis yang menggunakan kereta berkapasiti tinggi itu. Kereta-kereta mewah ini digunakan untuk membanteras jenayah dan menjalankan tugas-tugas harian untuk menjaga keselamatan rakyat di Dubai. 

Di Malaysia kereta-kereta peronda yang biasa digunakan oleh PDRM adalah seperti Perdana, Waja, Wira dan Kancil untuk menjaga keselamatan Rakyat dan membanteras jenayah yang agak tinggi di Malaysia.



                                                    GAMBAR SEKADAR HIASAN 


Namun tidak lama sebelum ini, ada seorang Sultan dari sebuah Negeri telah cuba “menunjukkan” dan “menggambarkan” BAHAWA beliau adalah seorang yang pemurah dan prihatin kepada Rakyat Malaysia dengan membuat”SUMBANGAN” beberapa kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi (Harley Davidson) untuk “disumbangkan” kepada pasukan Polis Diraja Malaysia. Ramai Rakyat kagum, SANGAT TERUJA dan memuji serta berterima kasih di atasSUMBANGAN tersebut.



                                 
                                                GAMBAR SEKADAR HIASAN
 


Tetapi “kekaguman” dan “KETERUJAAN” itu HANYA untuk sementara sahaja. Rupa-rupanya SUMBANGAN yang TELAH diberi BUKANLAH untuk kepentingan Rakyat atau untuk kegunaan keselamatan Rakyat. TETAPI ianya HANYA untuk kegunaan Istana Negeri tersebut, kegunaan peribadi dan kegunaan keluarga Sultan sahaja. 

KECEWA dan berderailah air mata Rakyat bila mengetahui FAKTA SEBENAR, terutamanya kepada Rakyat yang telah memuja dan memuji Sultan tersebut sebelum ini.



                           
                                                GAMBAR SEKADAR HIASAN



Memang telah menjadi kebiasaan bagi Sultan ini suka “menunjuk-nunjukan” koleksi kereta-kereta mewah yang dimilikinya. Terutama apabila beliau hendak keluar dari Negerinya untuk pergi ke Kuala Lumpur bagi Mesyuarat Raja-Raja ataupun Majlis-Majlis Rasmi yang lain. Dia selalu ingin menunjukkan bahawa “kononnya” Negerinya berstatus lebih tinggi dan lebih “CLASS” dari Negeri-Negeri lain, antara perkara yang dilakukan adalah “MEMPROMOSIKAN” kereta-kereta mewah yang dimilikinya yang jarang dimiliki oleh Raja-Raja lain. Bukan setakat kereta-kereta mewah yang dinaikinya dan ahli Keluarganya yang telah “DIPERTONTONKAN”, malah untuk menunjukkan darjatnya “LEBIH CLASS” kereta-kereta Peronda dan motosikal-motosikal pengiringnya juga menggunakan “KERETA-KERETA MEWAH SUMBANGAN KEPADA DIRINYA SENDIRI.”

Biasanya sebulan sebelum tarikh apa-apa mesyuarat penting, kereta-kereta mewah yang ingin digunakan akan dipilih dan diselenggara bagi persiapan untuk dibawa dan DIPERTONTONKAN kepada orang ramai dan Raja-Raja lain. 

MUNGKIN niat dia “BAIK” untuk memperkenalkan jenis-jenis kereta yang Raja-Raja lain tiada pengetahuan atau tidak pernah melihatnya atau tidak tahu kewujudan kereta jenis-jenis itu. Rakyat dan peminat kereta juga berpeluang melihatnya ditempat-tempat awam semasa ianya digunakan atau DIPERTONTONKAN di lobi-lobi hotel atau tapak-tapak Majlis.


                               
                                                   GAMBAR SEKADAR HIASAN

                                
                                                    GAMBAR SEKADAR HIASAN

                                       
                                                     GAMBAR SEKADAR HIASAN



Saya percaya bahawa Sultan ini “tidak berniat” untuk membuat Raja-Raja lain merasa cemburu di atas “KEMAMPUANNYA” memiliki banyak kereta-kereta mewah jauh lebih HEBAT dari koleksi yang dimiliki oleh Raja-Raja lain di Malaysia……..tetapi HANYA Allah sahaja yang Maha Mengetahui apakah niat tersirat di hati Sultan tersebut.



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. “
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)


APA YANG MENYEDIHKAN saya, ialah kereta mewah dan motosikal yang “DISUMBANGKAN” kepada PDRM, diletakkan logo Sultan itu dan BUKANNYA diletakkan pelekat-pelekat seperti mana kereta Polis Peronda biasa yang digunakkan oleh PDRM sejak dari tarikh hari pertama kereta itu DISUMBANGKAN. KENAPA YA? 

Saya telah dimaklumkan bahawa SUMBANGAN itu untuk KEPENTINGAN DIRI dan KELUARGANYA sahaja. APAKAH perkataan yang sesuai tentang sesuatu SUMBANGAN yang diambil SEMULA seperti oleh penyumbangnya? 

Pada pandangan saya, perkataan “SUMBANGAN” adalah TIDAK SESUAI. PERKATAAN YANG SESUAI DAN TEPAT ADALAH SEPERTI kata pepatah melayu “BURUK SIKU”



                                       
                                                      GAMBAR SEKADAR HIASAN
BURUK SIKU bermaksud - “Meminta kembali barang yang sudah diberikan kepada seseorang”


Sultan ini terkenal dengan sikap “buruk sikunya” terhadap banyak perkara terutamanya dengan orang-orang yang rapat dengannya, sebagai contoh jika dia bergaduh dengan “teman-teman wanitanya” semua benda yang pernah dihadiahkan akan DITUNTUT SEMULA. Pernah ada seorang selebriti TV3 yang terkenal yang pernah dihadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi sewaktu sedang “SUKA” tetapi bila “TIDAK SUKA” Sultan tersebut meminta semula motosikal yang telah diberikan sebelum ini.


  

                             
                                                  GAMBAR SEKADAR HIASAN



Apakah sebagai seorang Ketua Agama Negeri, inikah contoh yang baik kepada Rakyat?  

Apakah budaya ini adalah cara hidup yang ingin diterapkan di dalam masyarakat?

Mungkin jikalau ada sikap ingin “menunjuk-nunjuk” kekayaan ataupun harta benda yang dimiliki oleh Raja-Raja lain atau Rakyat……

HENTIKANLAH,…… Rakyat yang miskin dan tidak berkemampuan akan terasa jurang perbezaan mereka semakin jauh dengan Sultan dan merasa diri terlalu “KERDIL” dan “TERHINA”. 

Jadilah Sultan yang bersedarhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Itu ADALAH lebih baik dan AKAN LEBIH disayangi Rakyat.


  

                               
                                                 GAMBAR SEKADAR HIASAN


ULAR MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISANYA - Begitulah perumpamaan Melayu yang membawa maksud orang yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.



TETAPI janganlah terlalu “defensive” dengan kritikan-kritikan yang telah diberikan DENGAN memberi alasan untuk “MENJUSTIFIKASIKAN” perbuatan dengan cara CAKAP DAN KAEDAH yang berbelit-belit…


  

                                   
                                                  GAMBAR SEKADAR HIASAN



JIKA BENAR laporan beberapa blog dan berita tentang PENGAJARAN yang Allah telah tunjukkan baru-baru ini melalui PERISTIWA kemalangan sebuah “KERETA” yang menjadi topik kontroversi negara beberapa bulan yang lalu,MAKA perbanyakkanlah istigfar kepada Allah SWT kerana perbuatan cuba menujuk-nunjuk kekayaan dan RIAK, dibenci oleh Allah dan tidak disukai oleh ramai Rakyat.

Semasa kontrovesi berlaku, Sultan ini telah “MEMPAMERKAN KUASA DAN PENGARUHNYA” untuk “MENYERANG” Rakyat-Rakyat yang “MENGKRITIKNYA”.

Allah TELAH berikan kemalangan kepada KERETA KONTROVESI itu, namun nasib baik tiada yang mati……….Mungkin Allah masih sayangkannya lagi…..jadi pintu taubat itu masih belum tertutup untuknya.



Ini adalah keratan dari blog tempatan ; -

 
 
 



Rakyat akan lebih menyayanyi Sultan mereka jika Sultan-Sultan bersikap sederhana dan merendah diri. INGATLAH jika merasa diri SANGAT KAYA,bahawasanya Allah SWT itu jauh LEBIH KAYA dari segala mahluknya di seluruh alam ini.

Satu perkara lagi, mungkin ramai Rakyat tiada pengetahuan BAHAWA Sultan hanya dikecualikan dari MEMBAYAR cukai import kereta dan cukai jalanUNTUK TUJUH BUAH KERETA SAHAJA. Selebih dari ituSULTAN HENDAKLAH MEMBAYAR cukai-cukai tersebut.CUKAI-CUKAI ITU ADALAH HAK-HAK RAKYAT. Kegagalan membayar cukai adalah satu kesalahan mengikut undang-undang Negara. Jika Rakyat terpaksa dan akur membayar cukai, 

KENAPA SULTAN CUBA MENGELAK DARI MEMBAYARNYA…


JANGAN SAMPAI RAKYAT BANGKIT MENUNTUT”HUTANG-HUTANG” INI DAN JANGANLAH SAMPAI KEMARAHAN RAKYAT TIDAK TERKAWAL HINGGA KERETA-KERETA YANG TIDAK DIBAYAR CUKAI DAN MASIH TERHUTANG DENGAN RAKYAT DIATUR DAN DIPAMIRKAN SEPERTI INI.

 

                 
                                                  GAMBAR SEKADAR HIASAN



DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED
 
PEOPLE POWER
 

ISTANA MESTILAH BERKECUALI..HORMATILAH HAK RAKYAT

GAMBAR SEKADAR HIASAN

KENAPA HARUS MEMIHAK? 

TIDAK FAHAM KE APA MAKSUD KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAB ATAU “TERPAKSA MEMIHAK”KERANA TAKUT “TEMBELANG PECAH” KERANA TELAH TERLALU BANYAK BERKONGSI KRONI DENGAN PEMIMPIN POLITIK UNTUK MENGUNUNGKAN HARTA?


GAMBAR SEKADAR HIASAN



CUKUP-CUKUPLAH HANCURKAN HAK-HAK MELAYU, DAH TERLALU BANYAK TELAH DIKAUT….ORANG MELAYU HENDAKHAN RAJA SUPAYA MENJADI PAYUNG ORANG MELAYU DAN BUKAN JADI AGEN”ORANG ASING” MEMBAHAM SEGALA HARTA-HARTA DAN HAK-HAK ORANG MELAYU.   


GAMBAR SEKADAR HIASAN

HMMM..BILA SUDAH “MAKAN BUDI”, SEKARANG TERPAKSA MEMIHAK KEPADA “PIHAK-PIHAK TERTENTU”. KALAU TIDAK MEMAHAMI APAKAH HAK RAJA DAN KUASA-KUASA RAJA….SAYA BOLEH TERANGKAN. JANGANLAH MENEKAN RAKYAT DAN TERUS MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU DAN JUGA RAKYAT LAIN. CUKUPLAH SUDAH JADI “PELAKON YANG HEBAT” KERANA SUDAH SAMPAI MASANYA MEMIKIRKAN UNTUK BERTAUBAT KEPADA ALLAH.

JANGAN BUTAKAN MATA DAN BUTAKAN HATI SENDIRI….RAKYAT SUDAH MATANG DAN MULA BANGUN DARI “KESETIAAN YANG DIKHIANATI”.

DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED.
 
PEOPLE POWER
 

“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH….RAJA YANG BERNIAGA MENYUSAHKAN RAKYAT ADALAH RAJA PATUT “DISIMBAH”.

 

GAMBAR SEKADAR HIASAN
 
 

“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH….RAJA YANG BERNIAGA MENYUSAHKAN RAKYAT ADALAH RAJA PATUT”DISIMBAH” AGAR SEDAR BETAPA BANYAKNYA AIR MATA RAKYAT YANG MENDERITA MENGALIR KERANA”DIRINYA”. RAKYAT JOHOR RINDUKAN SULTAN YANG ADIL DAN TIDAK “BERSANDIWARA”.

Apabila saya menulis ayat di atas ada yang bertanya saya, maksud”DISIMBAH”. Saya ingin menjelaskan perkataan itu bukanlah ambil air dan simbah RAJA, ia bermaksud “Mengejutkan Raja dari hanyut di dalam mimpi yang indah”.
 
Saya masih teringat cerita dari seorang Anggota JMF yang menjaga Sultan Johor, yang pernah bercerita kepada saya tentang pengalaman pribadinya sewaktu awalnya bertugas di Istana. Beliau diberi tugas macam “Batman” dan di antara skop tugasnya mengejut Sultan untuk bangun dari tidur. Memang SANGATmencabar tugasnya lebih hebat dari pergi “berperang di Sabah”kerana dia di dalam jenakanya dia menggunakan ayat “bagai nyawa di hujung di hujung tanduk”.
 
Pernah satu ketika, sewaktu ada MAjlis rasmi di KL, Sultan BERANGKAT mewakili Ayahandanya untuk Mesyuarat Raja-Raja. Pada masa itu Sultan telah tidur sangat lewat kerana ada “tamu”, jadi sebelum tidur Sultan telah berulang kali berpesan kepada Anggota JMF ini agar MESTI mengejutkannya sehingga bangun jika perlu “DISIMBAH” dengan air berserta air UNTUK MEMBANGUNKANNYA.
 
Di takdirkan diwaktu pagi, setelah mencuba beberapa kali dia masih gagal membangunkan Sultan dari mimpi yang indah. Kerana risaukan Sultan akan terlewat ke Mesyuarat dan kerana bagi menjaga “Nama Baik” Sultan yang pada usia mudanya sangat menjaga waktu dengan penuh berdisiplin, Anggota JMF ini telah membuat keputusan untuk mengambil air dicampur ais dan MENYIRAM Sultan yang sedang tidur. Basahlah Sultan dan tempat tidurnya…..
 
MAKA TERBANGUNLAH SULTAN YANG TERLENA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT TERKEJUT DAN MARAH…..Cerita selepas itu, kita tunggu di dalam buku saya nanti.
 
INILAH MAKSUD SAYA maksud “DISIMBAH” bagi menjawab beberapa pertanyaan di dalam inbox saya tentang posting  saya awal pagi semalam.
 
 
DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED.
 
PEOPLE POWER
 

INILAH MASANYA UNTUK BUAT DUIT DAN “TUNJUK POWER”

GAMBAR SEKADAR HIASAN

PILIHANRAYA UMUM PRU 13, 

APAKAH IANYA AKAN DIJALANKAN SECARA BEBAS?

APAKAH KERABAT DIRAJA JOHOR AKAN BERKECUALI ATAU AKAN MENYEBELAHI PARTI POLITIK TERTENTU?

GAMBAR SEKADAR HIASAN



APAKAH INI MASA KERABAT DIRAJA MEMBUAT “DUIT” DAN MENDAPAT “PROJECT”?…KERANA MASA INILAH MASA TERBAIK UNTUK “TUNJUK POWER” DAN TERUTAMA KERANA PERANAN “SULTAN” DIPERLUKAN UNTUK PERLANTIKAN JAWATAN MENTERI BESAR DAN PERLANTIKAN EXCO-EXCO NEGERI.

SESEORANG SULTAN TIDAK SEPATUTNYA MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI DAN HARUS BERSIKAP BERKECUALI. KUASA RAKYAT DI DALAM MEMILIH WAKIL MEREKA DI PARLIMEN DAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI MESTILAH DIHORMATI.

SAYA BERDOA DAN BERHARAP, SULTAN AKAN SENTIASA ADIL DAN SAKSAMA DI DALAM MENGHORMATI SISTEM DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI NEGERI INI.

JANGAN SALAH GUNA SAKI BAKI KUASA YANG “MASIH ADA” PADA SULTAN DAN SAYA AMAT BERHARAP JANGANLAH ADA MANA-MANA PIHAK    “MENGGUNAKAN” ATAU “MEMPERBODOHKAN” SULTAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DAN PERIBADI. 

INILAH SULTAN KENA DAPAT PENERANGAN ATAU”MEMBUKA BUKU” MEMAHAMI “KUASA DAN PERANAN” NYA MENGIKUT PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN. 

JANGAN JADI “ALAT” DAN MENGAMBIL KESEMPATAN, SAYA SANGAT PASTI PADA MASA INI RAMAI AHLI POLITIK YANG “MENGHIMPIT” SULTAN AGAR DILANTIK UNTUK JAWATAN MENTERI BESAR DAN EXCO-EXCO. RAMAI YANG AKAN “BERMULUT MANIS” DAN MENJANJIKAN “HABUAN” (HARAP BUKAN RASUAH)KEPADA SULTAN MUNGKIN DALAM BENTUK “PROJEK-PROJEK ATAU KONTRAK-KONTRAK” TERTENTU DI MASA AKAN DATANG SETELAH DI “DIPERKENAN” DAPAT JAWATAN TERTENTU. 

SAYA JUGA BERHARAP SULTAN IBRAHIM MENCONTOHI ALMARHUM BAPANYA YANG BERPANDANGAN JAUH DI DALAM “MELANTIK JAWATAN MENTERI BESAR DAN LAIN-LAIN”. 

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR WALAUPUN DI MASA MUDANYA TERDAPAT BANYAK “CERITA NEGATIF” TETAPI DI DALAM MENJALANKAN KUASA SULTAN BERKAITAN PERLANTIKAN JAWATAN,ALMARHUM TEGAS DAN “TIDAK BOLEH DI JUAL BELI” DENGAN HABUAN SERTA “JANJI”.

GAMBAR SEKADAR HIASAN



 ALMARHUM ADALAH SEORANG SULTAN YANG MENJALANKAN TUGAS SULTAN DAN BUKANNYA SEORANG SULTAN YANG MENJADI AHLI PERNIAGAAN TERUTAMANYA MENJADI RAKAN KONGSI MATA SEPET SEHINGGA BANYAK KEPENTINGAN RAKYAT  DAN MELAYU “TERLEPAS” DENGAN MUDAH KE TANGAN BUKAN MELAYU.

GAMBAR SEKADAR HIASAN



JADILAH PAYUNG YANG MEMAYUNGI RAKYAT JIKA RASA LAYAK DIRI MEMEGANG JAWATAN SEORANG SULTAN.

“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH…RAJA YANG BERNIAGA MENYUSAHKAN RAKYAT ADALAH RAJA PATUT DISIMBAH” AGAR SEDAR BETAPA BANYAKNYA AIR MATA RAKYAT YANG DERITA MENGALIR KERANA DIRINYA”. RAKYAT JOHOR RINDUKAN SULTAN YANG ADIL DAN TIDAK “BERSANDIWARA”


DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED.
 
PEOPLE POWER

APAKAH NEGARA KITA AKAN KEHILANGAN DUA BUAH PULAU LAGI..????

  

GAMBAR SEKADAR HIASAN
 
Apakah Negara kita akan kehilangan dua buah pulau lagi yang terletak di sempadan Negara?
 
 
GAMBAR SEKADAR HIASAN


Apabila ramai rakyat menangis dan marah kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih, saya difahamkan “TAKTIK” telah ditukar. Penjajahan ekonomi dan kawalan kuasa melalui “PERJANJIAN KONTRAK”mula dilaksanakan untuk mengelakkan rakyat marah dan “bising”.

Jika Pulau terlepas seperti Batu Putih lagi pasti ramai yang “Panas” jadi jika cara”Penjajahan Economi Mutlak” di Pulau-Pulau ini dilaksanakan Rakyat akan terkeliru dengan “silap mata”, yang mana sebenarnya dalam erti kata lain “KITA HILANG JUGA PULAU-PULAU INI”.

Mana maruah kita sebagai Negara Berdaulat jika kuasa “memerintah” diambil oleh kuasa-kuasa di dalam terma-terma kontrak..??

Kenapa kita leka dan tidak bijak..??

Adakah di dalam hidup ini matlamat hanya duit pelabuhan sahaja yang kita kejar?

Kedaulatan Negara dan maruah Malaysia adalah keutamaan mengatasi segala faktor-faktor lain.

YA ALLAH! SELAMATKAN NEGARAKU MALAYSIA…
 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
GAMBAR SEKADAR HIASAN
 
 
Kerisauan saya bertambah kuat apabila mengetahui bahawa geran-geran Pulau Pisang dan Pulau Nenas telah diserah atas kawalan atau nama orang yang mempunyai”TRACK RECORDS” sangat jelas membangunkan dengan “orang asing” dan bukan Malaysia. Saya amat takut mimpi ngeri saya akan menjadi kenyataan dan berharap pemimpin-pemimpin yang mendapat kuasa di PRU 13, membuat pemantauan dan siasatan mendalam agar tiada mana-mana pihak, secara “sengaja” atau “tersengaja” atau “buat-buat tersilap” di dalam dokumen tertentu hingga kita akan kehilangan wilayah kedaulatan kita lagi seperti yang telah berlaku kepada Batu Putih.
 
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG ADA DI JOHOR CUBA BANTU BUAT CARIAN TANAH BAGI HAK MILIK KEDUA-DUA TANAH INI DI ATAS NAMA SIAPA ATAU KAWALAN SIAPA IANYA DI DAFTARKAN?
 
Saya pasti jawapannya tentu mengejutkan…..INILAH SANDIWARA RAKYAT.
 
SAYA ANAK JATI JOHOR AKAN PERTAHANKAN WILAYAH JOHOR HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAHKIR..!!!
 
ALLAHUAKHBAR!!!
 
DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THE LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED.
 
PEOPLE POWER
 

KAJIAN SEGERA TERHADAP FUNGSI DAN CARA PENTADBIRAN JMF PERLU DIBUAT SEGERA.

KAJIAN SEGERA TERHADAP FUNGSI DAN CARA PENTADBIRAN JMF(JOHOR MILITARY FORCES)PERLU DIBUAT SEGERA….mengambil ikhtibar dari Peristiwa Serangan Yang Ditadbir oleh Sultan Sulu Menyerang Persekutuan Malaysia.


TOPIK ini memang sensitif, kalau saya bercakap di Johor sudah tentu …….. akan berlaku. BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT ITULAH AMANAH DAN PRINSIP HIDUP SAYA. Saya ingin jelaskan bahawa mengekalkan JMF adalah sesuatu faktor kecil sahaja. Rakyat “tidak kisah” sama ada JMF wujud ataupun dibubarkan. Saya secara PERIBADI suka JMF terus wujud. NAMUN KAWALAN PENTADBIRAN DAN FUNGSINYA PERLU DIAMBIL ALIH DAN DIKAJI SEMULA DENGAN SEGERA.



GAJI JMF dibayar oleh Rakyat melalui Kerajaan Negeri yang dipilih Rakyat. GAJI TIDAK DIBAYAR OLEH SULTAN. JMF PATUT BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN FUNGSINYA PERLU DIUBAH SUPAYA RAKYAT lebih menghargai kewujudan JMF dan ikhlas membenarkan duit GAJI yang dimakan oleh anggota JMF sebagai BERBALOI DAN “HALAL”.



PENTADBIRAN JMF TIDAK BOLEH DILETAKKAN DIBAWAH KAWALAN SULTAN atau “Brigradier Jeneral(Pengawal Pemerintah) yang mentah dan muda”. Majlis Angkatan Tentera harus MENGAWAL PENTADBIRANNYA, BUKAN IKUT SUKA DAN “NAFSU” Pegawai Pemerintah JMF. JMF BOLEH MENJADI”ANCAMAN MERBAHAYA” JIKA KITA LIHAT BAGAIMANA TENTERA SULTAN SULU yang dikawal Sultannya secara peribadi menyerang Wilayah milik Negara Kita. JIKA ditakdirkan wujudnya atau tercetus “PERBALAHAN ATAU PERSENGKETAAN” DI ANTARA Istana Johor dan Kerajaan….KONFLIK SENJATA MUNGKIN TERJADI.



Saya mengesa pihak polis menghentikan pemberian senjata milik Kerajaan Malaysia yang dikawal polis kepada JMF yang telah dibuat sebelum ini. Itu Harta Kerajaan Persekutuan dan Harta Rakyat Malaysia.

Permohonan menambah anggota JMF hendaklah diteliti semula selaras dengan keperluannya. 

Perlukah ditambah ATAU patut dikurangkan?

“HADIAH-HADIAH” yang diberi Sultan Johor kepada orang-orang yang mempunyai pengaruh di dalam membuat keputusan penambahan ahli dan perbekalan senjata kepada JMF diharap tidak “MENGUBAH” penilaian professional dan budi bicara terhadap perkara ini. INGATLAH kepentingan Rakyat hendaklahDIUTAMAKAN. Rakyat mengamanahkan kamu untuk menjaga rakyat.

SEGERA AUDIT JUMLAH SENJATA-SENJATA API YANG DIMILIKI KELUARGA DIRAJA DAN JMF. KALAU ADA PEMBERITA DAN AHLI PARLIMEN SILA TANYA DENGAN PIHAK MENTERI ATAU YANG BERKENAAN TENTANG PERKARA INI.

SATU PERKARA LAGI, ELITE SKUAD JMF TIDAK SEPATUTNYA kerana dari segi Pentadbiran JMF dikategeri “Unit Sokongan”sahaja.

Ini pandangan ikhlas saya….JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR KELAK MENYESAL NANTI. DUIT DAN NYAWA RAKYAT HARUS DIHORMATI.

 

DON’T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED
 
PEOPLE POWER

SULTAN PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG….

SULTAN have no  Authority from Allah to do mischief in Malaysia….

“Walaupun seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal Istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walaupun seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

“Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari Istana ke Muzium Seni dan Budaya” -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormatan Undang-Undang, di Majlis Konvokesyen, University Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Petikan dibawah adalah Ucapan Seorang Pemimpin di Parlimen Sewaktu “Sultan Berleluasa Melakukan Jenayah”

“….Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan Negara-Negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi. Namun Raja-Raja Negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty  mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di Negara-Negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France….”

“….Jika Malaysia ingin menjadi sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi Berpalimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di Negara-Negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sovereignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan….”

PEOPLE POWER